Kaki kejang dan cara atasinya

Antara salah satu benda yang tak best sepanjang kehamilan adalah kaki kejang. Kaki kejang tak kira waktu dia nak datang. Kak Ekin juga ada pengalaman macam ni. Normal bagi semua ibu hamil kejang kaki apabila usia kandungan masuk trimester kedua atau ketiga. Bukan hanya di sebabkan berjalan sahaja boleh kena. Tetapi waktu kita sedang berehat seperti tidur juga mudah terkena kejang kaki.

Kejang kaki pun dah boleh buat kita stress. So apa penyelesaian masalah kekejangan kaki ni? Bila terkena kejang kaki. Bertenang dan buat renggangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula korang akan rasa tapi sikit-sikit sakit akan hilang. Selain itu, urut otot yang kejang. Dan boleh juga dengan jalan perlahan-lahan hingga kesakitan betul-betul hilang dan korang boleh berjalan seperti biasa.

Tapi kan. Korang tahu tak yang kejang kaki ni boleh di elakkan? Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu terutamanya garam. Tapi tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. Jom Kak Ekin share sikit cara elakkan kejang kaki.

1. Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan lunjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

2. Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3. Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

4. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

5. Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

6. Minum banyak air.

Walaupun sakit bila terkena kejang kaki, korang mesti masih rasa sanggup untuk hadapi sebab tak sabar tunggu cahaya mata lahir dan lihat mereka buat kali pertama. Itulah pengorbanan ibu. So teruskan tabahkan hati, cekalkan jiwa. Moga dapat tempuh alam kehamilan ni dengan sempurna. Bantu badan korang sepanjang kehamilan dengan #milkupcandy supaya kekal bertenaga sepanjang hari.

#milkupcandy
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *