Keliru keadaan najis bayi? Jom semak

Selepas beberapa hari di lahirkan, bayi akan membuang najis yang di panggil mekonium. Ia merupakan bahan melekit yang berwarna hitam kehijauan yang terdapat dari dalam usus bayi semasa di dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan serta cecair amnion. Biasanya kotoran ini agak susah di bersihkan dan ini petanda mekonium dalam usus bayi berfungai denga baik. Selepas sehari dua penyusuan biasanya semua mekonium telah habis keluar dan warna najis akan berubah menjadi hijau kecoklatan dan teksturnya lembut dan berbiji sebelum ia menjadi lebih kekuningan.

Kolostrum dari “susu pertama” bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi. Setelah badan ibu mula menghasilkan susu dengan sempurna iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi berubah menjadi kuning cerah dan baunya kemanis-manisan. Tekstur najisnya agak lembik, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, waktu bayi buang air besar akan berubah-ubah. Kadang-kadang bayi akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu tetapi ia akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri. Selalunya bayi membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Ia bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila ia mula makan makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.

Apabila bayi mula makana, najis bayi tidak mudah di bersihkan dan tak berbau manis seperti sebelumnya. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Begitu juga apabila bayi makan pelbagai jenis makanan, najis jadi lebih pekat, gelap dan berbau.

Kak ekin harap perkongsian ini bermanfaat untuk bakal ibu yang akan belajar mengurusan bayi kecil. Dengan manfaat susu ibu, bayi juga boleh mengelakkan masalah sembelit. Bantu sesi penyusuan yang membahagiakan bersama #milkupcandy.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *