KENALI 7 JENIS MAKANAN MENGURANGKAN KAHAK

KENALI 7 JENIS MAKANAN MENGURANGKAN KAHAK
.
.
1.NANAS
Mengandungi Bromelain yang membantu mengurangkan kahak dan sebagai agen antiradang. Ia juga membuka ruang yang tersekat akibat pengumpulan kahak.
.
2. BAWANG PUTIH
Kandungan antibiotik dalam bawang putih secara optimum membunuh bakteria penyebab lendir serta membantu melegakan tekak.
.
3. BROKOLI
Merupakan sayuran dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dalam melawan infeksi, bakteria dan virus. Brokoli juga mengandung fitonutrien dan fitokimia, termasuk sulforaphane,yang membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta memperkuat ketahanan tubuh terhadap serangan flu.
.
4. MADU
Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Ianya membantu merawat tekak perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.
.
5. HALIA
Halia merupakan sejenis tanaman herba yang berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit terutama pada saluran pernafasan. Minum halia merupakan cara menghilangkan lendir di kerongkong sekaligus boleh menyembuhkan batuk.
.
6. LIMAU NIPIS
Minum minuman limau nipis merupakan salah satu cara menghilangkan lendir di tekak yang berkesan. Sebab selain rasanya yang menyegarkan dan mampu melegakan tekak, kandungan vitamin C di dalam limau nipis mampu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga dapat mengusir bakteria penyebab lendiran kahak di kerongkong.
.
7. KUNYIT
Kunyit merupakan tumbuhan herba yang dikenali mempunyai khasiat untuk kesihatan kerana mengandungi sebatian anti bakteria dan boleh meningkatkan kekebalan tubuh. Ramuan kunyit juga berkesan untuk menghilangkan lendir di tekak.
.
.
SELAMAT MENCUBA.
.
.#happyboo #naturesworldresources #happyboohq #agendiperlukan#flucure #coughcure #naturalbabyproduct #baranganbayi#kedaibaranganbayi #beauty #health #organic #tipskesihatan#happyboolovers #babyshop #momandbabyshop #natural #bazaarpaknil#bazaar #herbal #produkbaby #productnatural #viral #testimoniberkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *