Kenapa ibu menyusu kena bertenang?

Sangat biasa bila kita hadapi masalah dan akan berlaku ketegangan otot pada tengkuk. Senang cerita, stress. Pernah tak korang dengar ” jangan stress, nanti susu makin kurang”. Mesti biasa dengarkan. Kalau google pun rata-rata nyatakan benda yang sama.

Dari segi saintifiknya, keadaan ini akan merencat penghasilan hormon oksitosin kerana hormon ini hanya dirembeskan bila ibu rasa tenang dan gembira. Oksitosin berperanan untuk mengecutkan otot di bahagian kilang susu untuk mengalirkan keluar susu ke saluran susu. Jadi, bila hormon ini tidak dirembes dengan banyak, susu keluar sangat sedikit dan ini menyukarkan lagi proses penyusuan.

Secara logiknya, setiap kali menyusu, bayi akan berada sangat dekat dengan jantung kita. Jika hati kita gundah, resah, gelisah, jantung akan berdegup dengan lebih laju dan ini menyebabkan bayi sukar tenang dan seterusnya menyukarkan lagi sesi penyusuan. Bila sesi penyusuan tidak lancar, ibu akan merasa lebih tertekan dan keletihan.

Bila ibu dalam situasi ini, ibu akan lebih percaya susu yang di hasilkan tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan ibu terdorong untuk memberi susu formula lebih-lebih lagi apabila di desak dari kata-kata orang sekeliling.

Sebaiknya, ibu perlu kawal emosi. Lupakan seketika masalah dan tumpu sepenuhnya perhatian pada si kecil saat menyusu. Sambil-sambil berzikir atau selawat, pasti hati lebih lapang. Dan jangan lupa air kosong seharusnya di ambil lebih 8 gelas sehari atau boleh juga minum sebelum mula menyusukan atau mengepam. Untuk tambahan lain, boleh juga dengan mengamalkan #milkupcandy sebagai penggalak menghasilkan susu yang berkualiti dan hebat dengan kuantiti.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *