Kenapa Kena Jaga Pemakanan ?

kenapa kena jaga pemakananKenapa Kena Jaga Pemakanan ?

“Ala.. Sayang kan mengandung, makanlah lebih-lebih sikit. Nanti lapar baby kat dalam perut tu. Patut kena makan untuk 2 orang tau. Nah, tambah lagi.”

Amboii kadang suami yang over excited suruh kita ni makan banyak-banyak kan. Yela orang laki ni mana lah tau apa makanan yang boleh kita makan, dan makanan yang patut kita elakan.

So, akak bagi gambaran mudah untuk para suami tau apa makanan yang kena isteri makan dan apa yang patut kita AVOID!

“Kenapa kena jaga makanan pulak?

Nanti akan gemuk secara mendadak! Pertambahan berat badan yang mendadak ini boleh mengundang beberapa penyakit yang biasa dialami ketika kehamilan seperti pre-eclampsia, diabetes gestasi atau kencing manis, dan sakit belakang.

Penyakit ni bukan je memberi komplikasi kepada ibu semasa kelahiran bayi, tetapi ia juga boleh membawa risiko kepada kesihatan jangka masa panjang ibu

kenapa kena jaga pemakanan

Untuk jenis makanan, mommy digalakkan mengambil 10% kalori daripada protein, 35% kalori daripada lemak, dan 55% sumber kalori lain dari karbohidrat. 
.
Disamping sumber kalori tersebut makanan ibu mengandung juga harus mengandungi lebih banyak zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folat, magnesium, selenium (yang diperlukan untuk kelenjar tiroid) dan zink.

KREDIT : Facebook Puan Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *