KERAP LETIH KETIKA HAMIL? JOM KELUARKAN PELUH

KERAP LETIH KETIKA HAMIL? JOM KELUARKAN PELUH.

Siapa kata aktiviti seperti menyapu sampah, mengemop, kemas rumah dan memasak tidak mampu mengeluarkan peluh?

Walaupun ia tidak dikira sebagai senaman, tetapi aktiviti tersebut terbukti mampu menggerakkan otot.

Tahu tak, ia kelak sedikit sebanyak mampu membantu dalam proses melahirkan anak.

Wah, ini berita baik bukan? Tapi kalau ikut betul-betul senaman mudah bersalin, In Shaa Allah, lagi dipermudahkan sewaktu melahirkan anak nanti.

Ramai pakar bersependapat bahawa sewaktu sedang hamil, ia adalah penting untuk sentiasa bergerak. Wanita yang hamil yang bersenam, pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.

Apa-apa pun, sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman ketika hamil, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu. Walaupun senam ibu hamil ini bagus, jika pada bila-bila masa anda berasa sakit, cepat-cepat berhenti daripada melakukannya.

Untuk melakukan sebarang aktiviti, memerlukan tenaga yang lebih. Jaga pemakanan yang seimbang dan apa kata amalkan #milkupcandy. Gabungan Habatussauda dan Kurma Ajwa berikan tenaga buat ibu hamil yang sibuk dengan rutin harian.

#milkupcandyhq
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *