khasiat yang terkandung disusu ibu untuk bayi

khasiat yang terkandung disusu ibu untuk bayi

“Ekin, kau menyusulah belah kanan dulu baru bagi belah kiri. Kau tahu tak belah kanan tu makanan, belah kiri air. “

Kata Maksu Kak ekin.

“Yeke Maksu. Tak pernah tahu pun sebelum ni. Bukan semuanya sama je dua-dua belah ni”, pancing Kak ekin.

“Tak sama Ekin, kau tak rasa ke belah kanan tu berat semacam je. Tu sebab makanan bertepek belah situ.”

Eh, taknak mengalah pulak orang tua ni.

“Maksu, susu badan ni sama je mana-mana. Memula dia keluar susu Foremilk dulu. Kalau Maksu nak tahu, Foremilk ni susu yang mula-mula keluar ketika bayi nak menyusu. Bila beberapa minit susu tu akan jadi pekat.”

“Yang pekat tu namanya Hindmilk. Hindmilk ni pulak punyai kandungan lemak yang tinggi. Dan susu nilah yang akan buat bayi kenyang. Kiri atau kanan sama je Maksu. Kot Maksu dulu menyusu separuh jalan je, anak tak sempat rasa Hindmilk, Maksu dah tukar ke belah lain.” Tambah Kak ekin.

“Lantak kau lah Ekin. Aku bagitau je. Kau taknak terima takpe.”

Sorry Maksu, terkeluar nasihat pulak tadi.

Bukan susu Hindmilk dan Foremilk je ibu akan jumpa. Tapi kolostrum dan susu campur darah juga.

Kolostrum diakhir kehamilan memang dah ada. Kalau ibu picit akan nampak susu kekuningan, tapi janganlah galak sangat picit tu. Kesian bayi, keluar je tak dapat rasa kolostrum tu sebab dah habis ibu picit masa dia dalam perut.

Banyak lagi Kak ekin nak kongsi pasal warna air susu ni, bolehlah tengok gambar dibawah.

Ibu berdebat dengan Maksu,

-kak ekin-






Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *