KUKU PENYEBAB SAKIT

Menjaga kebersihan kuku adalah sama pentingnya dengan menjaga kebersihan anggota tubuh yang lain.
.
Kuku yang kotor boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit serta menjadi tempat berkembangnya bakteria dan virus yang akan menjejaskan kesihatan.
.
Kanak-kanak pasti akan tergaru-garu selepas pulang dari bermain di luar . Bayangkan dengan kuku mereka yang panjang menggaru kulit sudah tentu akan menimbulkan keradangan dan masalah kulit yang lain akibat dari bakteria yang terkumpul di bawah permukaan kuku yang tidak dipotong.
.
Justeru kuku yang kotor sering sekali menjadi penyebab kanak-kanak mengalami penyakit cacing. Ini disebabkan kuku mereka mengandungi telur cacing akibat dari cara mereka bermain seperti bermain tanah misalnya.
.
Telur cacing biasanya akan masuk ke mulut ketika makan dan seterusnya ke saluran pencernaan meskipun sudah mencuci tangan sebelum makan. Scary kan?
.
Tidak hairanlah sekiranya kanak-kanak lebih mudah jatuh sakit, demam, batuk, selsema, ada masalah kulit, sakit perut, muntah-muntah dan sebagainya.
.
Sumber utama penyakit berada di bawah kuku mereka yang kecil yang tentu susah sekali di bersihkan. Sebab itulah disarankan untuk memotong pendek kuku dan sentiasa menjaga kebersihan. Dah check kuku anak anda?
.
.
#happyboo #naturesworldresources #happyboohq #agendiperlukan #flucure#coughcure #naturalbabyproduct #baranganbayi #kedaibaranganbayi#beauty #health #organic #tipskesihatan #happyboolovers #babyshop#momandbabyshop #natural #bazaarpaknil #bazaar #herbal #produkbaby#productnatural #viral #testimoniberkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *