Macam mana cara mendidik anak-anak?

Macam mana cara mendidik anak?

Macam mana cara mendidik anak?

Menjadi kebiasaan ibu ayah mendidik melalui cara pukul atau tengking. Lagi-lagi bila badan dan otak letih, anak pulak bergaduh sama sendiri. Nak settlekan hal rumah lagi. Fuhh, boleh anginkan.

Tapi janganlah pukul dan tengking hingga anak ketakutan. Risiko dia akan jadi seorang yang pendendam, pemarah ataupun pendiam je suatu hari nanti.

Sebab tu, bila dalam keadaan marah kita digalakkan beristifar banyak-banyak.

Cuba kita renungkan balik kebijaksanaan dan telatah dia yang boleh buat kita gembira dan seronok. Insyallah, tangan yang ingin memukul akan menjadi tangan yang mengusap belakang anak.

Jadi, apa kata cuba kita renungkan bersama tips dibawah.

Mana tahu ianya mampu menjadikan hati kita lembut dan perbetulkan balik cara didikan kita sebelum ni.

Semoga bermanfaat!

#Share supaya dapat beri peringatan kepada mereka diluarsana.

 
Macam mana cara mendidik anak? 1

Bila anak lakukan perkara yang salah. Jangan cepat marah dan pukul. Semat dalam hati yang kita sedang mengajar seorang budak. Bukannya orang dewasa. 

Kawal perasaan dan tarik nafas panjang-panjang dan tersenyum. Beri kata-kata nasihat pada mereka.

Jika tidak boleh, cuba lari masuk dalam bilik sekejap dan tenung muka kita dalam cermin lama-lama.

“Macam ni ke muka aku bila marah? Buruknya.” So, kita pandang je cermin, insyallah. Kemarahan kita akan beransur.

Macam mana cara mendidik anak? 2

Bila marah, jangan terus menjerit pada anak. Mulalah bila malam je, terus tiada suara sebab dah guna volume yang paling tinggi.

Kalau boleh, nasihatkan anak guna suara biasa tapi tegas. Tak perlu pun menjerit. Takde kegunaannya. Esok-esok korang akan menjerit lagi dan lagi.

Nasihatkan guna nada yang tegas. Kak ekin bagi contohlah. Seperti pembaca berita. Muka serius dan mampu tersenyum sekejap-sekejap, tapi dalam butir bicara dia boleh menusuk ke kalbu kita.

Macam mana cara mendidik anak? 3

Cuba fikir apa niat kita tegur anak. Samada untuk terangkan yang benda tu tak patut ataupun terus pukul sebab kesalahannya?

Bila sudah tegur tapi tetap tak jalan. Si anak tetap jugak buat perkara yang sama. Masa tu, Kak ekin rasa korang bolehlah sediakan rotan.

Tapi jangan angkat rotan tu melepasi kepala pula. Cukup sekadar angkat biasa sahaja. Supaya dia tahu yang kita sebagai ibu ni serius dalam berkata-kata.

Jangan kerap pukul. Nanti anak akan memberontak dan sudah lali dengan pukulan.

Disclaimer : Hidung berdarah bukan sebab kena pukul, tapi main terjatuh berdarah hidung.

Kita lupa yang anak adalah milik Allah s.w.t. kita hanyalah sebagai ibubapa yang memegang amanah untuk mendidik dan mencorakkan mereka.

Ingatlah, anak hanya pinjaman sahaja didunia ini untuk menghiburkan kita kala duka dan sedih. 

Anak juga sebagai rezeki yang hadir kepada kita diatas muka bumi ini.

Anak juga sebagai ujian untuk kita samada mampu hadapi ataupun tidak.

sikap dan kelakuan anak ni saling tak tumpah seperti ibu bapa. jadi ibu bapa perlulah tunjuk teladan dan contoh yang baik kepada anak anak mereka. anak anak ni ibarat kain putih yang bersih dan ibu bapa lah yang mencorakkan diri anak anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *