MAINAN PLASTIK LAMA NI BAHAYA?

Mainan Plastik Lama Ni Bahaya?

Pernah tak ambik tau yang MAINAN PLASTIK LAMA NI BAHAYA?

Bahaya ni ada dekat mana-mana. Tanpa kita duga, tanpa kita sedari juga.

Contoh macam mainan-mainan anak kita dekat rumah. Cuba mommy ingat, pernah tak kita bagi mainan-mainan plastik lama untuk anak kita?

Contoh kita ada anak sulung, anak sulung biasalah semua benda kita nak beli, macam-macam mainan kita borong. Last-last menggunung macam tu je kat rumah, yedak? Lepas tu last-last cakap “tak apa boleh simpan ni untuk anak kedua.”

Tapi, tau tak mommy yang mainan plastik lama ni boleh membahayakan anak kita?Jom Admin kongsikan perkongsian yang telah dikongsikan oleh Puan Aizah Zarirah.

Menurut kajian, mainan plastik lama mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan anak. Kita thengok pada zaman datuk nenek kita, belum ada sekatan tegas ke atas bahan-bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan mainan kanak-kanak ini kan?

Kita simpanlah mainan sampai turun temurun, tanpa kita tau ia mungkin diperbuat dari bahan-bahan kimia yang toksik. Aduuh!!

Para saintis dari Universiti Plymouth merentasi sebelah barat daya England untuk memperolehi 200 mainan plastik dari rumah, taska dan kedai amal untuk dianalisis.

Mainan plastik yang diambil termasuk mainan kereta, kereta api, mainan pembinaan dan patung kecil.

Mereka mendapati sesetengah dari mainan ini mempunyai kandungan bahan-bahan kimia yang bertoksik.

Antaranya adalah antimoni, barium, bromin, kadmium, kromium, plumbum dan selenium. Bahan-bahan ini adalah toksik untuk kanak-kanak biarpun pada tahap pendedahan yang rendah.

Mereka juga mendapati mainan yang mempunyai bahan kimia paling banyak berwarna kuning, merah, dan hitam.

Menurut Turner, bahan kimia yang mengandungi kadmium diperlukan untuk menghasilkan mainan yang berwarna-warni.
Walaupun terdapat organisasi yang mengawal pengeluaran mainan baru, belum ada lagi peraturan yang mengawal jualan mainan lama dan yang terpakai.

Mainan yang berbahaya : Apa ibu bapa boleh buat?

1 Periksa keadaan mainan tersebut dan pastikan anak tidak memasukkannya ke dalam mulut.
2 Elak dari menerima mainan lama berwarna terang yang terutamanya yang berwarna merah dan kuning.

Menurut Turner, bahan-bahan kimia ini tidak akan tanggal walaupun dicuci dengan baik kerana ia berada di dalam plastik yang digunakan untuk menghasilkan mainan tersebut.

“Mainan ini secara amnya boleh agak selamat kalau anak main dengan tangan je. Tapi, sesetengan budak suka sangat masukan dalam mulut, di gigit-gigitlah.

Kalau nak lebih selamat, lebih baik kita mengelak dari menggunakan mainan terpakai yang sangat lama. Bahaya sebenarnya ialah apabila anak menelan mainan yang berbahaya itu.

Semoga Bermanfaat !

 

Kredit: Facebook Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *