mari amalkan doa yang baik untuk anak

mari amalkan doa yang baik untuk anak

Amalan berdoa mampu bantu untuk hasilkan anak yang soleh dan solehah.
Seperti yang kita tahu, doa seorang ibu itu tiada hijabnya. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut kita merupakan satu doa untuk anak-anak.
Jadi, sanggup ke setiap hari kita mendoakan perkara yang tidak baik untuk anak-anak? Tidakkan.
Oleh itu, Kak ekin nak kongsikan beberapa doa yang boleh kita terapkan dalam kehidupan seharian sebagai ibubapa.
Semoga bermanfaat
mari amalkan doa yang baik untuk anak 1

SURAH IBRAHIM (AYAT 40)

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku, perkenankan doaku ini.”

SURAH AL-FURQAN (AYAT 74)

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami dengan perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”
(Amalkan ketika selepas solat 5 waktu)

mari amalkan doa yang baik untuk anak 2
Dibaca ketika sedang memasak :

SURAH ALI IMRAN (AYAT 200)
“Wahai orang yang beriman. Bersabarlah ku dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”
Diikuti dengan zikir 
“Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff, Ya Rahman”
Atau bacalah surah Al-fatihah
Surah Taha ayat 1-5
Diikuti dengan doa Nabi Daud (sebanyak 3 kali)
“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut nama anak) seperti mana engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut nama anak)” Hembus pada makanan atau minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus ke dalam susu tu.
mari amalkan doa yang baik untuk anak 3

Baca pada ubun-ubun kepala anak ketika dia sedang tidur :

SURAH ASH SYURA (AYAT 19)

“Allah Maha Lembut takdir-Nya. Serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang kehendaki-Nya (Menurut peraturan yang ditetapkan) dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa”

mari amalkan doa yang baik untuk anak 4

Amalkan setiap kali selepas solat :

SURAH AL-BAQARAH (AYAT 128)

“Ya Allah ya Tuhan kami. Jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dam tunjukkanlah kepada kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”

mari amalkan doa yang baik untuk anak 5
SURAH AL-ANBIYA (AYAT 69)
“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah dan menjadikan keselamatan kepada Ibrahim”
ATAU
SURAH AL-HASYAR (AYAT 22-24)
“Dialah Allah dan tiada Tuhan selain Dia. Yang mengetahui yang ghaib atau yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia. Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yamg Mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya. Apa yang ada dilangit dan dibumi, dan Dialah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana”
mari amalkan doa yang baik untuk anak 6

(Seeloknya dibaca selepas selesai solat apabila teringatkan anak)

SURAH IBRAHIM (AYAT 41-42)

“Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, berikanlah pengampunan kepadaku, kedua orang tuaku, dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya Hisab (hari kiamat)”

mari amalkan doa yang baik untuk anak 7

Diamalkan oleh Nabi Zakaria apabila diuji ketiadaan anak sehingga lewat usia. Dan Allah telah kurniakan Nabi Yahya atas usaha beliau yang sentiasa berdoa

SURAH AL IMRAN (AYAT 138)

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”

mari amalkan doa yang baik untuk anak 8
Dibaca ke dalam air kosong dan diberi minum pada anak atau jelum kepala dan badan :

1) Surah Al-fatihah (1x)

2) Ayatul Qursi (1x)

3) Doa demam panas (3x)

“Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api”
mari amalkan doa yang baik untuk anak 9

Selepas melakukan semua doa diatas. Kita digalakkan memohon rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t supaya doa-doa kita dimakbulkan-Nya.

SURAH AL IMRAN (AYAT 8-9)

“Mereka berdoa, ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *