Mari Kita Berseronok Anakku !

⇧–>> Mari Berseronok Anakku! ⇧

Seronoknya ibu yang bergelar suri rumah kerana dapat menghabiskan masa seharian dengan bayi. Agaknya apa sahaja aktiviti yang anda berdua lakukan sepanjang hari? Pernahkah terbit rasa bosan menghabiskan masa dengan si kecil?

Kalau anda buntu apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi sepanjang hari, berikut ada beberapa idea yang boleh diguna pakai. Selain seronok bermain bersama, aktiviti ini juga membantu merangsang perkembangan si manja.

1) Membaca untuk bayi

Walaupun bayi anda masih belum tahu membaca, tetapi aktiviti ini boleh membuatkan dia duduk diam apatah lagi jika anda menggunakan buku bergambar penuh warna-warni dan membacakannya dalam nada yang bersemangat. Lakukan ia sebagai rutin dan ketika bayi anda dalam ‘mood’ yang baik.

2) Bercerita, menyanyi dan menari

Ketika melakukan aktiviti ini, bayi anda pasti ketawa keseronokan. Ia membantu bayi membentuk kemahiran tatabahasanya. Keceriaan yang terhasil daripada aktiviti menyanyi dan menari pasti merangsang minda bayi menjadi anak yang positif dan ceria.

3) Berbual dengan bayi

Percayalah si kecil biarpun masih dalam tempoh berpantang boleh diajak berbual. Jika anda rajin berbual dengan bayi sejak usia kecil, dia akan cepat belajar bercakap dengan bahasa yang betul tanpa pelat.

4) Berguling
Aktiviti santai berguling di atas katil dengan si comel memang menyeronokkan. Dia pasti teruja dan ternanti-nanti melakukan aktiviti ini dengan papa dan mama. Berguling dan bergelak ketawa merangsang bayi anda membesar penuh kasih sayang.

5) Mengurut bayi

Ia boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan. Seperti kita sedia maklum, urutan sememangnya baik untuk bayi. Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari. Urutan lebih elok dilakuan selepas waktu mandi. Buat urutan sambil berbual, bercerita dan menyanyi dengan bayi. Ia pasti aktiviti dinantikan oleh bayi.

Dipetik Daripada Facebook : Info Ibu dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *