Melahirkan susu ibu untuk anak angkat

Berkongsi kebaikan tentunya memberi impak baik untuk kita. Berkongsi kebaikan susu juga sangatlah bagus untuk anak kita. Apatah lagi hati yang murni memberi susu ibu kepada bayi lain yang memerlukan. Ada beberapa faktor mengapa ibu angkat di perlukan. Antaranya mungkin bayi kehilangan ibunya saat dirinya di lahirkan, ibunya di timpa kemalangan tidak sedarkan diri atau ibunya terlantar dan berisiko tinggi jika menyusukan bayi.

Dengan peredaran masa kini, tradisi lama di mulai semula. Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama di praktikkan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W telah membuktikan amalan begitu bukanlah amalan yang asing.

Ibu masa kini lebih mendalami ilmu penyusuan. Dan dengan kesedaran manfaatnya, ramai ibu menyusu sekarang tidak mahu bazirkan susu ebm ke tong sampah. Dan ambil peluang meraih kebaikan dengan memberi pada anak angkat. Tapi jangan pula ambil peluang untuk menjual kerana susu ibu adalah anugerah yang patut di kongsi kebaikannya. Bukan sahaja beri kebaikan, malah mungkin menyelamatkan nyawa bayi yang baru lahir serta melindunginya dalam tempoh 6 bulan pertama. Jika penyusuan di teruskan adalah sangat baik juga buat bayi tersebut termasuk ibu angkatnya.

Sudah pasti ganjaran hebat menanti buat si ibu yang bermurah hati berkongsi susunya. Apa pun hati yang kental sangat di perlukan. Dan jika susu menyusut tiba-tiba berlaku, tak salah untuk dapatkan milkbooster seperti #milkupcandy untuk menambah susu supaya cukup beri susu ibu untuk penuhi keperluan bayi tersebut. Fuh, mulia sangat hati ibu yang berkongsi susunya!

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *