Mengalami Sembelit masa pantang ?

mengalami sembelit masa pantangMENGALAMI SEMBELIT MASA PANTANG?

Selalu dengar ramai ibu-ibu yang sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit time pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah. Ada certain ibu yg bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang.

Macam akak lepas bersalin, benda paling takut ialah “alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh ke?”

Kalau pengalaman akaklah, doctor memang akan bagi ubat minum pelembut najis. So, u mommy tak payah risau k. Kalau doctor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital haritu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab once dah consume ubat pelembut tu, mommy akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? haha. Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doctor bagi ni.

So, selain ubat doctor ini adalah tips-tips macam mana akak rawat dan elakan sembelit masa pantang jadi lebih teruk. Kalau mommy-mommy ada pengalaman boleh la share.

Tips untuk rawat sembelit yg mungkin boleh diamalkan

1. Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yang berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Time pantang tak banyak sayur yang boleh makan kan, kalau macam akak, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib akak memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur! Tak lengkap.

2. Supplement. Supplement mmg byk membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawak najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!

3. Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap. Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras.

4. Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya. huhuh.

Kredit perkongsian daripada Facebook Aizah Zarirah

Semoga Bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *