fbpx

ORANG MENGANDUNG MAKAN DURIAN? TAK BAHAYA KE?

ORANG MENGANDUNG MAKAN DURIAN? TAK BAHAYA KE?

Meriah sungguh timeline Facebook, Twitter dan Instagram dengan gambar durian. Lepas tu akak ada nampak orang preggy pos makan durian. Sorang kawan dia ni comment

“wehh tak takut ke makana durian, awak tukan tengah mengandung?”

Dia pun cakap la “saya ngidam sangat ni, tu yang makan juga durian ni.”

Sebenarnya ramai yang masih takut dan ragu-ragu orang yang tengah mengandung makan durian kan? Akak pun dulu masa mula-mula di awal kehamilan takut sangat mengidam durian, walau pun akak memang tak makan durian hehe.

Sebab sesetengah kaum di Asia ni masih lagi mengekalkan pantang larang untuk tak makan durian masa mengandung. Contohnya macam Orang kaum Cina yang melarang wanita makan durian semasa pregpy sebab buah ini bersifat panas.

Tapi, tak ada pun lagi kajian saintifik yang dibuat untuk mengkaji sama ada durian selamat atau tidak untuk dimakan ketika berbadan dua.

Memang tak ada sebarang bukti pun lagi yang menyatakan durian boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau ruam lampin pada bayi baru la, keguguran lah.

Walau pun tiada bukti dan kalau mommy rasa teringin nak makan sangat durian tu. Mommy kena lah ambik dengan kuantiti yang sikit je. Sebab buah ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori, kalau yang lagi besar dan isi lebat, berapa agaknya kalori yang terkandung? Sebab itu, mommy yang preggy kena mengehadkan pengambilan makan durian. Jangan pulak tamak makan sampai satu biji terus. Woii naya la

Kalau yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, mommy jangan lansung makan durian ini sebab kandungan gulanya tinggi.

Durian pun menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut dan boleh buat mommy kembung perut atau loya.

Tapi, durian ni ada juga kebaikannya. beberapa kajian yang dilakukan juga menunjukan manfaat buah durian ni mengandungi organo sulfur dan triptofan. Bahan-bahan berkenaan mempunyai antioksidan yang baik. Selain itu, durian pun mengandungi unsur anti mikrobial, anti bakteria dan anti fungus yang bagus untuk mommy preggy.

Tau tak durian juga merupakan milkbooster untuk ibu menyusu. Walau macam mana pun kena hadkan pengambilan ye hehe.

TIPS MAKAN DURIAN MASA MENGANDUNG!

1. Jangan terlalu gelojoh makan durian, dikhuatiri tercekik biji.

2. kalau rasa rasa loya, pening dan muntah, sila berhenti itu tanda badan tak selesa nak terima makanan itu.

3. Sila ambik durian dalam kuantiti yang sikit tapi jangan terlalu kerap. Memadai dua minggu sekali, cukup. Selepas makan durian, sulamkan dengan air kosong ye mommy semua.

Kredit : Facebook Aizah Zarirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *