Penyebab dan cara atasi sakit pinggang ketika hamil

Penyebab dan cara atasi sakit pinggang ketika hamil

Normal selalunya bila ibu hamil kerap sakit pinggang lebih-lebih lagi bila usia kandungan makin meningkat dan baby pun makin membesar dan berkembang baik. Tapi bila sakit pasti ada punca. Dan terntu ada penyelesaiannya. Antara sebab sakit pinggang ibu hamil kerana :

1. BERAT BADAN – bila berat semakin banyak perlu ditampung badan, maka automatic menahan beban berat di pinggang.
2. PUSAT GRAVITI BERUBAH – pusat gravity akan bergerak seiring bertambah besarnya rahim dan pertumbuhan janin yang menyebabkan keadaan tubuh berubah.
3. MENINGKATNYA HORMON RELAKSIN DAN ESTROGEN – hormon ini berhubungan kait dengan kehamilan. Menyebabkan masalah dengan menciptakan kelemahan sendi terutamanya di pinggul.
4. KEGIATAN ANTARA PUNCA – berjalan, berlari, berguling di tempat tidur, membongkok, mengangkat sesuatu dan naik turun tangga.

Jadi apa penyelesaian pada sakit pinggang yang ibu hamil kerap alami?

1. JAGA POSTUR TUBUH YANG BAIK. Saat bayi membesar, graviti akan bergeser ke depan. Untuk mengelak dari jatuh ke depan, mungkin boleh mengimbangi dengan bersandar yang dapat menimbulkan ketegangan pada otot-otot di punggung. Contoh, berdiri tegak dan tinggi, tahan dada tinggi.
2. MENGANKAT BENDA DENGAN CARA YANG BETUL. Ketika mengangkat apa saja benda, cangkung dan angkat dengan kaki anda naik keatas perlahan-lahan. Jangan membongkok di pinggang atau mengangkat dengan punggung. Sebaiknya minta bantuan jika memerlukan.
3. TIDUR DENGAN POSISI MENGIRING. Ini posisi tidur yang terbaik supaya bayi dalam keadaan baik juga.
4. KASUT YANG ELOK. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi kerana ia bukan sekadar mengganggu imbangan badan, ia juga menyebabkan sakit belakang.

Semoga tips ini membantu anda mengatasi masalah yang di hadapi sepanjang kehamilan . dan jangan lupa #milkupcandy sebagai pembantu setia penambah tenaga untuk aktiviti harian. Amalkan setiap pagi. Pasti cergas sepanjang hari.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *