Pergerakan bayi dalam kandungan

Suka dengar kawan-kawan bercerita tentang pergerakan baby dalam kandungan, teruja juga bila mereka kata time tidur pun nak bergerak, time makan dia bergerak, bila cakap-cakap pun boleh beri respon.

Tapi nak tahu juga bila baby mula bergerak. Sebab asyik ternanti-nanti tak bergerak, bimbang pula keadaan baby dalam kandungan.

Merasa pergerakan baby buat kali pertama adalah perkara yang paling mengujakan ibu hamil. Untuk ibu yang pertama kali hamil, mungkin agak sukar ubtuk mengenal pasti baby bergerak dan ia mengambil masa untuk rasa ketukan lembut dari dalam perut. Uolls mungkin akan perasan pergerakan baby sekitar minggu ke 18 dan minggu ke 20 atau lebih lambat dari itu.

Namun jika ada pengalaman melahirkan anak pertama, anak seterusnya uolls dapat rasakan tandanya lebih awal sekitar antara minggu ke 15 dan minggu ke 18.

Dengan mbasan ultrabunyi (ultrasound), ia mampu menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi :

1. Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula bergerak seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

2. Pada minggu kesembilan, baby mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

3. Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

4. Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.

5. Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Lama-kelamaan baby semakin aktif bergerak. Cuma baby tak mungkin akan bergerak sepanjang masa. Dia pun sama seperti kita mahukan waktu rehat yang cukup.

Sebagai bakal ibu, jaga kandungan sebaik mungkin dengan pemakanan yang teratur dan hidangan yang berkhasiat. Pilihan snek juga perlulah dari sumber yang mendatangkan faedah buat ibu dan baby. Tak salah untuk ambil makanan tambahan seperti #milkupcandy kerana kandungannya bersumberkan dari khasiat makanan sunnah. Yang penting jaga kandungan dengan lebih rapi.

#milkuocandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *