Petua memusing baby sonsang dalam kandungan.

Bila kita di khabarkan kedudukan anak kita songsang, pasti ia mengundang rasa gusar di hati. Macam tiada harapan untuk bersalin secara normal. Kerana kedudukan songsang berisiko tinggi dan kebiasaannya doktor menyarankan ceaser sebagai penyelamat kedua-dua nyawa. Namun semua itu atas kehendak Allah S.W.T. Adakah masih boleh lagi ke ubah kedudukan bayi?

1. BERENANG. Menurut laman web turningbaby.com, berenang di percayai antara senaman yang membantu otot perut lebih santai dan memudahkan untuk bayi memusing. Ia juga mudah di lakukan kerana kita berasa ringan di dalam air walaupun perut makin membesar.

2. BREECH TILT. Posisi ini antara posisi yang di amalkan wanita luar negara. Caranya, baring di atas lantai sambil menaikkan kaki anda di atas sofa. Sasarkan kedudukan 45 darjah. Jika perlu, tambahkan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang badan.

3. POSISI SUJUD. Lakukan posisi sujud seperti dalam solat 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh sekitar 10 minit.
4. BERJALAN. Berjalan juga merupakan salah satu cara paling mudah bagi membantu memusing kan bayi songsang. Berjalan 30minit setiap hari sepanjang kehamilan. The Health Site menerangkan, daya gravity membuatkan kepala bayi menarik ke bawah supaya kembali pada posisi normal.

5. BERDOA. Selain dari melakukan apa yang di nyatakan di atas, kita lebih di galakkan berdoa dan tawakal. Amalkan membaca surah Al-Insyirah, selalu bertenang dan banyakkan berzikir supaya tidak stress.

Apa pun, pemakanan harus di jaga. Jangan di sebabkan hati tak tenteram, abaikan pemakanan. Abaikan keadaan emosi yang sepatutnya kita perlu merasa tenang sepanjang kehamilan. Tambah khasiat pemakanan dengan makanan tambahan seperti #milkupcandy yang penuh dengan khasiat dan kebaikan dari makanan Sunnah.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *