Pilih makanan yang betul semasa hamil

PILIH MAKANAN YANG BETUL SEMASA HAMIL

“Susahnya nak makan semasa mengandung! Lebih makan kena kencing manis. Kurang makan, tak ada tenaga”

Siapa yang pernah alamai perkara kat atas macam akak? Kalau dulu senang, apa yang kita makan hanya untuk diri sendiri. Sekarang ni lain. Ada si manja dalam perut, jadi memang wajib jaga pemakanan.

Hari ini akak akan kongsikan List makanan yang kaya dengan calsium, vitamin, megnesium, dan nutrisi untuk ibu mengandung. Siapa cakap ibu mengandung macam kita tak boleh makan sedap?

Di ambil dari Aizah zarirah

Masa di awal kehamilan kita memang akan alami loya, muntah-muntah. Kadang sampai tak lalu nak makan kan? So, kita boleh gantikan makanan tu dengan buah-buahan untuk menggantikan tenaga yang di perlukan semasa di awal kehamilan.

Teringin nak makan snek semasa hamil, tapi risau sebab gula tinggi? Jangan bimbang. Gantikan dengan kelacang atau jagung untuk pengganti snek kita.

Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kacang-kacangan merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu kacang selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit. 
.
Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. 
.
Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi. 
.
Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.

Ketidakselesaan semasa hamil menjadi lebih berat selama trimester ketiga, penting untuk makan sering. 
.
Kacang-kacangan adalah sumber protein dan lemak yang sihat untuk jantung. 
.
Kacang-kacangan seperti badam, walnut, pistachio dan kacang mete semua mempunyai lemak sihat, protein dan serat.

Telur menjadi makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung sebab Kuning telur mengandungi choline, nutrisi penting yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi (janin) di samping meningkatkan otak anda sendiri. 
.
Ibu mengandung perlu mendapatkan kira-kira 450 mg choline setiap hari. 
.
Dan jika anda vegetarian atau tidak suka telur, sumber-sumber lain yang mengandungi choline termasuk daging lembu, susu dan kacang soya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *