Punca bayi kembung perut dan 7 cara atasinya

Bagi susu dah, sendawakan pun dah, tukae lampin pun dah juga. Kenapa baby masih menangis? Haih, bingung di buatnya. Pujuk pun tak jalan. Mungkin babykembung perut agaknya. Cuba tengok? Kak ekin bagi panduan atasi masalah kembung perut.

1. TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL. Pastikan lekapan mulut baby pada puting susu yang betul. Pada awal kelahiran, baby masih belajar untuk menyesuai cara yang betul. Jadi bantu dengan posisi penyusuan yang betul.

2. DAPATKAN PUTING SUSU YANG SESUAI. Guna saiz putting yang bersesuaian. Ini kerana saiz putting main peranan penting terhadap pengaliran susu.

3. SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU. Baby yang kurang di sendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana angin terperangkap. Sendawakan baby dengan teknik yang betul. Dan jangan sekali menggoncang baby sebaik selesai menyusu.

4. ELAKKAN MAKANAN BERANGIN. Korang mungkin perlu mengenal pasti beberapa jenis makanan yang korang tak boleh makan. Bila dapat kenal pasti, elakkan dari makan makanan tersebut.

5. BAWA BAYI BERSIAR-SIAR. Alihkan perhatian baby dengan bawanya bersiar-siar. Ia mungkin menarik perhatian baby dan melupakan ketidak selesaan yang di alaminya.

6. DODOIKAN DENGAN LEMBUT. Kadang-kadang ia boleh di selesaikan dengan mendodoi lembut. Cuba berkata-kata denganya. Jangan sekali menaikkan suara korang.

7. MENGURUT DENGAN MINYAK AROMATERAPI. Gunakan minyak yang sesuai pada perut baby. Urut perlahan dan lembut di iringi alunan zikir. Pasti baby merasa lebih selesa.

Walaupun baby kembung perut, jangan lupa menyusukan baby. Bukan kembung perut baby tak perlu menyusu ya. Baby menangis pasti penat, lapar dan kehabisan tenaga. Jadi jangan biarkan baby tak menyusu ok? #milkupcandy bantu tambah susu ibu supaya apabila menyusu baby merasa lebih tenang dan tenteram dengan kehadiran ibunya disisi.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *