punca-punca kerap bengkak susu

Menyusukan anak kadang-kadang seronok tu ada pasang surutnya. Kadang-kadang melecetlah. Susu sikitlah. Susu cairlah. Tapi bila kena bengkak susu. Alamak! Paling takut dan risau. Sakitnya bengkak susu bagai di lebam di tumbuk. Selagi ketulan sekelompok susu tak surut, selagi tu lah sakit. Pernah terfikir tak macam mana boleh terjadinya bengkak susu? Kak ekin share ni supaya uolls boleh elakkan dari terkena dan menderita. Huhu.

Untuk ibu baru, lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak. Lekapan yang tidak betul juga akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Selain itu, penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu dan juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup. Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.

Apa pun #milkupcandy jangan dilupakan. Peneman setia ibu dimana sahaja. Happy breastfeeding uolls!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *