fbpx

RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIR NAJIS BAYI?

RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIRKAN NAJIS BAYI?

Bagi ibu yang baru nak ajar anak untuk ‘Potty train’ memang banyak dugaan. Lagi-lagi bila anak terlepas kencing berak atas sofa, tilam, lantai, karpet dan atau merata tempat.

Walaupun kak ekin dah bersihkan tempat yang terkena najis. Tapi masih timbul rasa was-was juga bila nak solat. Cukup bersih ke tidak ni?

Zaman sekolah dulu memang kita dah diajar bab-bab najis ni. Tapi faham jela kan, mana nak ingat. Bak kata cikgu Kak ekin dulu, “Kalau belajar untuk peperiksaan memang akan lupa, tapi kalau belajar untuk pengetahuan dan ilmu, insyallah ianya akan kekal dalam memori sampai bila-bila”

Jadi bila dah ada anak, Kak ekin cuba gali ilmu perihal najis bayi ni dari beberapa ustaz. Masa tu barulah memori tu tersimpan kemas dalam kepala kak ekin.

Jom sama-sama kita belajar dan praktikkan.
Semoga bermanfaat.

RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIRKAN NAJIS BAYI? 1

Najis Mukhaffafah ialah najis bayi lelaki berumur bawah 2 tahun yang belum makan dan hanya menyusukan susu ibu. Najis Mutawassitah ini adalah najis bayi perempuan berumur bawah 2 tahun yang belum makan dan hanya menyusukan susu ibu.

Najis Mutawassitah pula terbahagi kepada 2, iaitu :
1) Najis Ainiah – Najis yang boleh nampak
2) Najis Hukmiah – Najis ang tak boleh nampak

Cyara penyucian kedua-dua jenis bayi ni berbeza mengikut tahap najis tu sendiri.

Najis mukhaffafah adalah najis ringan seperti air kencing bayi lelaki yang berumur bawah 2 tahun dan belum makan apa-apa lagi kecuali susu ibu. Cara bersihnya memadai dengan hanya merenjis-renjis air sahaja dibahagian yang terkena najis tu tadi. 

“Air kencing bayi lelaki memandai merenjis sahaja kerana air kencing bayi lelaki berasal daripada air dan tanah” – mengikut pandangan Imam Al-Syafi’ie

“Sesungguhnya, setelah Allah Ta’ala mencipta Adam a.s, lalu dicipta Hawa a.s dari tulang rusuknya yang pendek, maka air kencing kanak-kanak lelaki (berasal) dari air dan tanah, manakala air kencing kanak-kanak perempuan (berasal) dari daging dan darah” – Riwayat Imam Ibn Majah

RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIRKAN NAJIS BAYI? 2

Najis Mutawassitah ialah najis bayi perempuan yang berumur bawah 2 tahun dan belum makan serta hanya menyusukan susu badan. Cara membersihkannya Kak ekin sertakan dibawah, nanti scroll tengok k. 

“Air kencing bayi perempuan perlu dibasuh kerana berasal daripada darah dan daging” – mengikut pandangan Imam Al-Syafi’ie

“Sesungguhnya, setelah Allah Ta’ala mencipta Adam a.s, lalu dicipta Hawa a.s dari tulang rusuknya yang pendek, maka air kencing kanak-kanak lelaki (berasal) dari air dan tanah, manakala air kencing kanak-kanak perempuan (berasal) dari daging dan darah” – Riwayat Imam Ibn Majah

Najis sedikit ni seperti terkena percikan, tompokan dan air kencing yang sedikit.
Cara dia :
1) Buang najis tu dan tuang air ditempat yang terkena najis. 
2) Kemudian, letak kain kering/tisu tebal diatasnya dan keringkan dengan hair dryer ataupun vacuum jenis wet & dry. 
3) Ulang balik dengan tuang air dan keringkan dengan menggunakan kain kering lain sebanyak 3 kali sehingga hilang bau, warna dan rasa. 
Biasanya Kak ekin akan gunakan air bancuhan sabun dan cuka. Letak dalam botol spray dan spray je kat tempat terkena najis sedikit ni.
Air bancuhan ni elok sangat untuk hilangkan bau hancing dan busuk dari najis.
Sukatan air bancuhan :
1 ¼ Air
1/4 Cuka
1-2 sudu makan sabun basuh pinggan
Campurkan sekali ketiga-tiga bahan tu dan letak dalam botol spray. Boleh juga digunakan untuk mencuci lantai supaya lebih bersih dan berkilat. Yang paling Kak ekin suka, semut pun tiada kalau spray kat meja ke apa.
RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIRKAN NAJIS BAYI? 4
RAGU-RAGU UNTUK SOLAT BILA TERFIKIRKAN NAJIS BAYI?
Jika tempat yang terkena najis tu boleh diangkat, apa yang perlu ibubapa buat adalah :

1) Buang najis dan angkat ke tempat yamg sesuai untuk dicuci.

2) Jirus air ditempat yang terkena najis sehingga air tu mengalir dan bertitik-titik. Nak guna air bancuhan tadi pun ok juga. Ulang jirus sehingga 3 kali berturut-turut sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *