Resepi untuk mak berpantang

Resepi untuk mak berpantang

Memang agak bosan juga kalau berpantang asyik menu sama je. Balik-balik ikan steam, ikan bilis, soup herbal.

Sekarang ni apa kata kita buat kelainan dalam menu pantang. Macam gah sangat je bunyinya kan? 🤣

Jom intai resepi dekat bawah ni :

Bahan bahan:

1 ikat pegaga – dihiri
1-2 biji limau nipis
2 batang serai – hiris

Bahan tumbuk:

5 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
3 biji cili merah atau 1 sudu kecil lada hitam
Segenggam ikan bilis
Kelapa parut isi putih

Cara cara:

Goreng semua bahan tumbuk tanpa minyak sehingga garing (kecuali kelapa)
Tumbuk kasar atau kisar menggunakan blender kering sehingga hancur tapi jangan terlalu hancur.

Hiris pegaga, serai dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar kasar tadi ke atasnya
Gaul rata, perahkan sedikit limau jika mahu.

Nota:
Pegaga sangat berkhasiat serta elok dimakan ketika berpantang kerana ianya berfungsi sebagai agen pembersih darah, membantu pembentukan tisu, penyembuh luka serta untuk awet muda.

Next resepi: ayam kampung pulak 😍

Resepi ini dikongsi dari Puan Aizah  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *