sering kena angin kus-kus dan rasa loya sampai termuntah?

sering kena angin kus-kus dan rasa loya sampai termuntah?

Semalam, kak ekin kena serangan angin kus-kus. Dengan rasa loya sampai termuntah. Siap dengan pakej sakit kepala sampai migrain. Satu kerja pun tak boleh nak buat.

Punyalah teruk keadaan kak ekin. Nasib diri ni tengah datang bulan. Kalau tak memang kak ekin lari beli pregnancy test. Huhu.

Ni akibat makan tak beringat dan lifestyle tak menentu lah ni. Abis satu badan penuh dengan angin.

Adoi, taubat kejap.

Bagi yang senang buang angin secara normal macam kentut dan sendawa tu, ok lah kan. Tapi bagi yang susah buang, jadi kembung, loya, badan lemah, muntah sampai migrain dibuatnya.

Selalunya bila kena serang angin tak lawas ni, kak ekin tak pernah lagi minta ubat di klinik.

Kak ekin cuma minum air halia panas dan sapu Minyak Terapi Boomibaby kat kepala, perut dan leher. YaAllah, lepas tu memang kak ekin sendawa terkentut-kentut macam peluru. Hahaha. Nasib baik suami kena OT semalam. Kalau tak confirm dia pengsan. 

Serius, legaaaaaa!

Jom, Kak ekin kongsikan 9 PETUA LAWAS ANGIN CARA ALAMI DAN MUDAH dibawah.

Semoga bermanfaat❤️

Nah. Yang ni ramai suka buat iaitu minum air halia. Memang terbukti berkesankan lebih-lebih lagi air halia yang asli atau rebus sendiri. Mau lembik sebab asyik terkentut dan sendawa je. Hehe.

Tambah sikit madu dan lemon. Terus letup jadinya.

Tapi kalau yang jenis takde masa nak rebus bagai, boleh je hiris macam biasa dan rendam dalam air panas. Tunggu suam sikit, terus minum.

Tak pun, beli yang serbuk halia kat kedai tu. Bancuh dalam air lepastu minum.

Yang ni Kak ekin suka. Makan je sup panas. Tak kisah lah sup apa pun, janji sup. Fuhh.. nikmat sangat.

Badan lemah sebab angin terkumpul pun boleh hilang.

Nak-nak kalau sup tu banyak bawang putih, lagi cepat proses buang angin.

Kalau ada masa bersenam lah sikit. Bersenam pun bagus untuk rengangkan otot-otot yang tegang tu dan jadikan badan lebih bersemangat.

Kadang-kadang yang kurang aktif dan kurang bersenamlah cepat sangat angin penuh satu badan.

Opps. Macam kata kat diri sendiri je. Maklumlah angin baru je menyerang siang tadi.

Ni ha Kak ekin belanja satu petua baik punya.

Makan bawang putih. Kupas 1 ulas pastu makan mentah-mentah. Secara tak langsung, rasa mual dan nak muntah tu hilang.

Tak pun bakar dalam 3-4 ulas dan makan. Jangan pulak bakar sampai hangit terbakar. Gerenti badan akan jadi hangat je dan angin keluar perlahan-lahan.

Lagi satu, buat yoga.

Yoga dan teknik yang Kak ekin tunjukkan tu boleh buang angin dalam badan tau.

Bagi yang takde masa nak bersenam bagai, buat yoga ni kat rumah. Ikut je teknik dalam gambar tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *