SMART PHONE MERUPAKAN JALAN PINTAS?

smart phone jalan pintasSMART PHONE MERUPAKAN JALAN PINTAS?

Kepada parent diluar sana, tolong bantu diri kita supaya ubah tabiat dalam mendidik anak.
Zaman sekarang memang zaman teknologi, digital dan semua canggih manggih.

Semua benda kita nak on the spot. Nak cepat je pujuk anak biar dia diam, leka bermain dan macam-macam lagi. Kadang-kadang teknologi macam ini dah ambil alih peranan kita dalam mendidik anak.

Smart fon ni umpama jalan pintas. Tapi pernah tak mommy semua ambik tahu salah satu kesan buruk telefon pintar ialah anak lambat bercakap?

Terdapat banyak kajian dan pendapat yang menunjukkan kesan negatif penggunaan smart fon ni, Dan kini banyak kajian menunjukkan kesan negatif smart fon terhadap perkembangan anak-anak pula.

Salah satunya ialah anak lambat bercakap.
Satu kajian baru-baru ini telah dijalankan untuk memantau 900 kanak-kanak berusia di antara 6 bulan hingga 2 tahun. Di dalam kajian ini, mereka menemui sesuatu yang sungguh merisaukan.

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih masa dengan telefon pintar akan lambat bercakap berbanding kanak-kanak yang tidak.
Setiap kali seorang kanak-kanak menggunakan 30 minit masa mereka di hadapan skrin kecil ini, risiko anak lambat bercakap meningkat sebanyak 49%! – sumber

Hubungan dan interaksi antara ibu bapa dan anak itu penting sangat-sangat! Jangan terlalu leka sangat dengan teknologi zaman sekarang, sampai nak berborak dengan anak pun tak ada masa!

Sekarang akak perhati. Ibu bapa sangat bangga bila dapat belikan anak gajet sorang satu. Allahu, sedih tengok. Bukan jeles, bukan iri.

Cuba kita bayangkan, kita renungkan sejenak.

Kita dah penat-penat melahirkan anak.
Lepastu, Fikir siang malam pula nak bagi nama anak yang indah-indah.

Tapi..

Bila dah ada depan mata, mungkin kita sendiri tak sedar cara didikan kita sebenarnya telah merosakkan jiwa dan fikiran anak tersebut. Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan.

Last but not least…

Sekali sekala, peluklah anak kerana suatu hari nanti mereka akan berjauhan dengan kita.
Wallahualam.

Sumber : Facebook Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *