Tak cukup kalsium masa mengandung. BAHAYA?

Tak cukup kalsium masa mengandung. BAHAYA?

Mommy-mommy semua perhati tak kalau setiap kita pergi check up, doctor dan nurse akan selalu ingatkan kita untuk minum susu.

Sebab kalsium ni sangat penting untuk kita yang mengandung, Pertama sekali, ia untuk menguatkan tulang. Keduanya, ia janin dalam kandungan akan membesar dengan sihat dan sempurna. Biasanya, baby akan menyerap zat kalsium ini bermula saat di trimester ketiga.

Masa di awal kehamilan janin dalam kandungan memerlukan 30 mg kalsium, trimester kedua pula sebanyak 50 mg dan trimester ketiga sebanyak 250 mg kalsium yang diperlukan.

So, mommy perlu ambil sekurang-kurangnya 500 mg ke 1300 mg kalsium setiap hari. Sebab tubuh hanya boleh menyerapnya sebanyak itu je. Kalau mommy tak amalkan kalsium ia akan beri kesan pada badan di kemudian hari nanti.

“Ala akak saya tak boleh minum susu masa mengandung, nanti jadi loya, jadi muntah. Kenapa ye?”

Yess, akak tak tau semua orang boleh minum susu, terutama kalau mommy ada masalah cerna laktosa.

“Eh jap, apa pulak laktosa tu kak?”

Okay, laktosa ini kalau nak tahu adalah gula yang ada dalam susu. Sesetengah orang tak boleh melalui proses laktosa kerana ada masalah enzyme.

Pendek kata kalau dia minum susu ke, mesti perut akan cramp, muntah, sakit perut atau cirit-birit. Jadi macam mana mommy ini nak tambah kalsium kalau minum susu pun tak boleh?

Tak perlu risau kerana ada makanan lain yang ibu boleh makan bagi tambah kalsium.

Makanan lain yang boleh tambah kalsium untuk ibu mengandung.

• Kalau tak boleh telan susu, buat makanan yang ada sumber susu seperti puding susu, roti atau oat.
• Sayuran hijau seperti brokoli.
• Ikan sardin dan tofu
• Sandiwich berkeju
• Yogurt
• Bayam, kacang hijau atau makanan laut yang tak ada merkuri
• Smoothie buah-buahan
• Susu soya
• Ambil supplement kalsium (perlu rujuk doktor terlebih dahulu ye mommy-mommy.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *