Tak datang haid lama semasa menyusu, normal ke?

“Tak datang haid lama semasa menyusu, normal ke?”

Mesti ramai yang selalu menghadapi masalah seperti ini, Jom Admin Kongsikan pengalaman yang telah admin ambil daripada facebook Aizah zarirah!

 

Semoga Bermanfaat !

 

Pengalaman masa akak menyusukan anak yang pertama, selalu di belenggu dengan perasaan tertanya-tanya. “Kenapa anak dah masuk 7 bulan pun still tak datang-datang lagi haid ni? Alamak tak subur ke aku ini? Macam mana kalau tiba-tiba mengandung?”

Mungkin ibu-ibu yang baru pertama kali menjadi ibu rasa risau bila haid tak datang berbulan-bulan selepas tempoh bersalin.
Bila tak datang haid ni, bimbang pula kalau-kalau hamil lagi. Anak masih kecil, takut juga tak mampu nak hadapinya.

Tapi tahu tak mommy-mommy sekalian?

Menyusukan bayi secara eksklusif (siang dan malam) ni adalah salah satu teknik untuk jarakkan kehamilan.

Apa kaitannya?

Menyusu susu ibu boleh melambatkan kedatangan haid dan ovulasi. Jadi mommy-mommy menyusu yang lambat datang haid ketika tempoh penyusuan tidak perlu bimbang dan risau sebab ianya normal!

Bila menyusu dengan eksklusif ni (tanpa campur susu formula) hormon prolaktin ibu berada di tahap tinggi. Jadi memang normal ibu menyusu tak datang haid dalam tempoh yang lama. So, tak akan menunjukkan yang mommy hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *