Tertekan semasa hamil? Jom ikut 10 cara mengatasi stress

Tertekan semasa hamil? Jom ikut 10 cara mengatasi stress.

1. ADAKAN WAKTU REHAT. Ambil masa untuk diri sendiri. Bertindak lakukannya tanpa rasa serba salah kerana ia perkara yang baik untuk meredakan tekanan. Mungkin juga dengan tidur atau pun tenangkan hati dengan pengisian rohaniah seperti zikir atau membaca Al-Quran.

2. BERBINCANG TENTANGNYA. Orang yang pertama kita harapkan memahami keadaan kita semestinya suami tercinta, bincang sebaiknya hal-hal yang perlu dia lakukan supaya korang tak merasa terlalu tertekan. Kadang-kadang bebanan kerja rumah juga boleh membuatkan kita stress. Minta suami ambil aih tugas yang tak mampu ibu hamil buatseperti angkat benda-benda yang berat.

3. MAKAN DENGAN BAIK. Wajib bagi ibu hamil menjaga pemakanan kerana makanan yang di makan makanan yang berkhasiat. Ia turut mempengaruhi minda ibu hamil selain dari badan. Makanan yang mengandungi asid lemak omega 3, vitamin dan mineral mampu mengangkat tahap kecerian ibu hamil.

4. BERSENAM. Lakukan senaman yang selamat atau ringan kerana badan yang cergas mempengaruhi otak yang cerdas.
5. BERSEDIA UNTUK KELAHIRAN. Semua ibu hamil bimbang perkara ini dan mampu membuatkan stress. Jangan stress dahulu,dalami ilmu kelahiran dengan yang pakar atau doktor.

6. BERSEDIA UNTUK KEHIDUPAN BERKELUARGA. Benda macam ni pun dah boleh buat hati gusar. Fikirkan ada lagi tak masa untuk berdua. Jangan terlalu risau, minta tip-tip dari rakan yang berpengalaman dalam ilmu rumahtangga.

7. STRATEGI ULANG-ALIK TEMPAT KERJA. Antara faktor masalah ini perlu di atasi kerana kebanyakan ibu hamil yang berkerja juga mudah penat dan letih. Jadi selesaikan dengan berbincang masalah ini dengan bos atau sekiranya menaiki pengangkutan awam, minta penumpang lain beri ruang pada uolls yang sedang sarat hamil.

8. HAL-HAL KEWANGAN. Terlalu bimbang ganggu kewangan? Sebaiknya senaraikan barang keperluan yang sangat perlu. Belanja barangang baby yang paling perlu dan buatpersediaan lebih awal supaya tak terganggu perancangan kewangan saat akhir.

9. CUBA TERAPI TAMBAHAN. Urutan mampu meredakan tekanan dan letih seharian dalam keadaan sarat. Minta bantuan suami urut kaki atau badan. Pasti rasa lebih lega selain ikatan kasih sayang juga bertambah erat.

10. LAYANI DIRI SENDIRI. Buat sesuatu yang membuatkan uolls tersenyum. Jika dengan membaca cukup membuat hati tenang, lakukannya. Jika dengan menonton filem boleh merelekskan minda, lakukanlah.

Sentiasa kekal ceria sepanjang kehamilan. Stress bukan sekadar mengganggu kesihatan ibu,malah pada baby juga. Untuk kekal cergas bertenaga, #milkupcandy boleh beri jawapannya. Dengan kandungan habbatussauda’, ibu hamil taka da masalah aktif seharian. Apa pun, berhati-hati dalam melakukan sebarang aktiviti dan jangan stress selalu!

#milkupcandy
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *