Tiada susu badan lepas bersalin?

TIADA SUSU BDAN LEPAS BERSALIN?

“Sedihnya lahai bila susu badan sikit ni. Nak tak nak je dAAia keluar. Lama-lama boleh kering terus camni.”

Sabar, sabar. 
Ni Kak ekin sambung balik cerita dari post Kak ekin siang tadi.

Semua benda ada jalan keluar. Tak susah mana pun nak adakan balik susu badan yang macam ‘kering’ tu kalau kita tahu cara.

Nak tahu apa caranya untuk buatkan susu keluar selepas bersalin, selepas mula bekerja dan untuk jayakan penyusuan ekslusif selama 2 tahun?

Boleh baca post Kak ekin ni.

1. Tiada susu selepas bersalin, apa patut buat?
.
.
Susu tiada lepas bersalin ni memang kerap sangat berlaku pada ibu terutamanya first time mummy. 

Masa ni jangan cakaplah, ada yang kecundang. Terus suakan anak dengan susu botol. Tak mau, tak mau camtu ye.
Patutnya lepas bersalin kita usaha bagi anak kita tu susu terbaik sekali untuk dijadikan antibodi mereka. 
Jadi hari 1-3 lepas bersalin tu kalau susu tak ada, ia perkara biasa je. Ibu kena tenang setenang-tenangnya. 
Ibu kena tahu 3 fasa penghasilan susu lepas bersalin.
Fasa 1 : Susu pertama ibu akan keluar iaitu kolestrum. Susu pertama ni pekat, kuning dan likat, berguna untuk dijadikan antibodi badan untuk anak.
Kolestrum ni bukan banjir macam susu yang ibu pernah tengok tu. Kolestrum sikit je, tak banyak pun. Macam ibu/kepala santan tu. Pernah tengok tak? Sikit je kan.
So, janganlah mintak susu terus keluar keluar banyak masa ni. Lagipun bayi baru lahir perut dia sebesar walnut je. Susu yang keluar tu dah cukup untuk isi perut mereka.
Fasa 2 : Lepas kolestrum keluar, foremilk pula akan keluar. Foremilk ni cair sikit dan rendah lemak tapi tinggi lactose, karborhidrat, protein dan vitamin.
Fasa 3 : Bila ibu beri cukup susu foremilk pada anak, lama-lama susu hindmilk pula yang dihasilkan.
Hindmilk ni kaya dengan lemak dan kalori. Lebih pekat dari foremilk dan kuantiti pun sikit. Hindmilk ni penting untuk tumbesaran anak.
Masa ni ibu kena pastikan anak menyusu sampai keluarnya hindmilk. Jangan asyik bertukar payudara je. 5 minit belah kiri, 5 minit belah kanan. Bukan begitu ye.
Kalau menyusu belah kiri, susukan sampai anak kenyang atau sampai susu belah kiri dah kering.
Sebelum ni pun Kak ekin dah kongsikan perbezaan kolestrum, foremilk dan hindmilk.
2. Tiada susu bila kembali bekerja, apa patut buat?
.
.
Biasanya susu sikit atau tiada ni berlaku pada sesetengah ibu je. Kalau ibu tu pandai urusan jadual mengepam, Kak ekin rasa takde masalah.

Tapi yang jadi masalah, ibu yang pertama kali kembali bekerja. Mungkin masa tu masih ‘kekok’. 
Masa ni emosi ibu kena jaga. Jangan tertekan sangat sebab susu dah mula kurang. Cari balik bila masa sesuai mengepam, macam mana nak lakukan power pumping, cari jenis pam yang sesuai dan rajinkan buat urutan.
Semua-semua ni Kak ekin pun dah pernah kongsikan dulu.
3. Tiada susu bila niat hati nak capai penyusuan ekslusif 2 tahun, apa patut buat?
.
.
Percaya tak kalau Kak ekin cakap, ramai yang kecundang masa ni. Ramai yang tak capai target nak susukan anak sehingga 2 tahun.

Yelah, bila anak dah capai umur 6 bulan, mereka dah mula diperkenalkan dengan makanan lain dan tak bergantung 100% dengan susu badan.
Jadi masa ni jangan cakaplah cabaran dia. Stok susu pun dah susah nak sediakan, demand dari anak dah kurang, dengan kerja lagi. 
Masa ni ramai yang dah terfikir untuk beri anak susu botol. Ye tak?
Kalau terjadi masalah ni, Kak ekin sarankan ibu buat power pumping. Konsisten untuk buat setiap hari supaya susu badan bertambah.
Kena tingkatkan ‘supply and demand’, setiap sejam pada waktu malam buat power pumping dan kosongkan payudara setiap 3 jam sekali pada waktu siang.
Jangan lupa, jaga pemakanan. Ambil makanan yang berkhasiat dan juga cuba ambil supplement untuk tambahkan susu badan. Contohnya, milkbooster.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *