Tips ajar anak makan sayur

Antara banyak-banyak makanan, biasanya sayuran paling payah untuk anak-ank kecil kita gemar memakan. Kebiasaan di paksa, di suruh atau di ceduk dalam pinggan anak, baru anak makan. Itu pun ikut selera anak.

Sayuran hijau pasti berhantu dan bermain di fikiran anak-anak kerana rasanya yang mungkin agak pahit. Sedangkan sayuran hijau paling banyak khasiatnya. Macam mana nak ajar anak gemar memakan sayur?

1. Biasakan untuk ikut memakan sayur bersama anak. Bila tiba waktu makan, jangan hanya menyuruh anak makan sementara di pinggan kita secebis potongan sayur pun tiada. Sebaiknya kita juga makan sayur-sayuran. Baru anak ikut mencontohi tindakan kita.

2. Elakkan menghukum anak jika tidak makan sayur. Kenapa? Ia mengundang rasa trauma dan lebih teruk membantutkan selera anak pada hari ke hari berikutnya. Jadi jangan memaksa. Beri peluang pada anak untuk belajar.

3. Kreatifkan olahan sayur. Ye. Lebih-lebih lagi warna sayur yang menyerlah dan bermacam-macam warna pasti menarik. Malah mampu membangkit kan selera anak untuk mencuba. Biar pun hanya dengan mencuit sedikit. Yakinlah. Lama-kelamaan anak pasti suka.

4. Gantikan sayur dengan buah-buahan. Sekali-sekala, apa salahnya. Ia bagi memastikan anak dapat nutrisi dari sumber tumbuhan yang mencukupi.

5. Taburi dengan keju. Mungkin boleh juga ubah selera anak. Dan anak tak mungkin dapat elakkan sayur yang ada keju. Jadi dari situ anak belajar dan terpaksa rela merasa sayur tersebut.

6. Lembutkan sayur. Ini juga membantu supaya anak mudah mengunyah. Apabila lembut ia meransang untuk anak mudah menelan.

Memang bukan mudah untuk anak gemar dengan sayuran, namun ibu harus usaha mangajar anak memakan sayur dari kecil lagi. Jika anak sedang menyusu badan dan telah belajar makan, pastikan susu ibu sentiasa ada. Amalkan #milkupcandy secara konsisten untuk memastikan khasiat buat anak masih lagi berterusan.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *