Tips posisi tidur untuk ibu hamil

Bila pinggang rasa sakit, tidur pun mula tak selesa. Baring ke kanan tak ok, baring telentang lagi lah baby asyik menendang tak sudah. Bila baby pun terjaga dan kerap menendang, makin susah nak lelap mata. Ada cara yang elok untuk dapat tidur yang selesa dan tenang. Kak ekin share tips yang pasti membantu uolls tidur lena ketika mengandung.

1. ELAKKAN TIDUR TELENTANG. Tekanan pada pembuluh darah utama dan vena cava inferior bisa meningkat bila ibu hamil tidur dalam posisi telentang. Tekanan ini menyekat peredaran darah ke tubuh kita termasuk kepada baby.

2. MENGIRING KE KIRI. Ini adalah posisi paling baik kerana ia bertujuan melancar darah yang menuju jantung mahupun yang menuju ke rahim, janin, dan buah pinggang. Posisi ini juga membuatkan organ dalaman lebih selesa.

3. GUNAKAN BANTAL. Tentu lebih selesa bila tidur beralas dengan bantal. Ia juga menyokong badan kita dan kurangkan keletihan sepanjang tidur.

Tidur yang selesa sangat membantu ibu bertenaga selepas bangun tidur. Selain itu juga, menghilangkan bermacam tekanan. Untuk lebih bertenaga, amalkan #milkupcandy sebagai supplement tambah tenaga saat mengandung. Pastikan momen hamil ini sesuatu yang sangat indah bersama baby yang di kandung.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *