Tips rawat ketulan dan bengkak susu

Cerita pasal bengkak susu, ibu menyusu mana tak pernah kena? Semua mesti rasa pengalaman ni. Rasa sakit dia boleh bawa sampai demam menggigil. Kalau kena time pantang, boleh bentan di buatnya. Yang pasti, lagi risau kalau bengkak susu tak pandai nak surut. Huhu. Seram gittew.Bengkak susu ni ada dua bahagian. Samada ductus tersumbat dan mastisis.

Kita cerita ductus tersumbat dulu. Biasanya ductus tersumbat ni berlaku pada bahagian sekitar dada dan yang pasti terasa sangat sakit bila di picit. Sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu meradang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah martitis peringkat awal. Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Pada peringkat awal, ia mungkin tiada jangkitan kuman. Tetapi jika di biarkan bakteria boleh menjangkiti kawasan tersebut dan akhirnya susu tersumbat tadi jadi mastisis.

Mastitis adalah keradangan pada breast yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Biasanya ia boleh di kesan apabila keadaan radang keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang di jangkiti. Selain itu, akan rasa benjolan/ ketulan kecil sama seperti keadaan duktus tersumbat. Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius termasuk seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan. Simptom-simptom ini disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Bahaya ke kalau baby hisap bahagian yang bengkak? Ia tidak menjejaskan bayi dan adalah selamat untuk bayi menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun dimana bayi akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi. So tak perlu risau dan ada setengah ibu menyusu berpendapat ia membantu meringankan bengkak susu ibu.

Setiap ibu menyusu pasti akan diduga. Tapi dugaan itulah menguatkan lagi rasa kasih pada bayi kecil kita. Jangan pernah menyerah. Untuk hasilpenyusuan yang lancar, #milkupcandy membantu memberi kepuasan menyusu buat bayi comel yang sangat memerlukan khasiat. Jangan ketinggalan mengamalkan suplemen hebat ini.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *