Waktu sesuai perkenalkan garam dan gula pada anak

Bila waktu sesuai untuk perkenalkan garam dan gula pada anak-anak.

Ok, sekarang ni anak Mummy dah masuk 6 bulan ke belum?

Kalau belum jangan memandai nak suapkan makan pada anak. Tapi kalau anak dah mula makan, Mummy perlu baca tentang garam dan gula kat sini.

Makanan bayi seeloknya jangan tambah apa-apa perasa masin atau manis. Memanglah kita rasa ianya tawar. Tapi tu lagi elok tau.

Lagipun pada usia kecil macam tu, buah pinggang mereka masih belum matang untuk proses apa-apa garam tambahan yang masuk dalam tubuh.

Sama juga dengan gula, tak perlu nak tambahkan. Bila tambah gula dalam makanan, dah sah-sahlah tahap gula dalam badan tu tinggi, betul tak?

Tapi apa jadi selepas tahap gula tu menurun?
Jangan Mummy tak percaya, anak akan jadi pemarah dan kuat protes masa tu.

Kalau selalu bagi dalam jangkamasa yang lama macam mana pulak agak-agaknya..
Dah tentulah gigi anak tu cepat rosak dan berlubang. Nak ke tengok anak umur 2 tahun gigi dah pun buruk dan berlubang.

Silap haribulan berat badan naik mendadak sampai tahap obesiti gara-gara terlebih gula dalam badan.

Kalau nak ajar anak makan makanan manis pun, bagi je makan buah-buahan. Lagi elok dan sihat. Lagipun buah-buahan banyak vitamin dan mineral didalamnya.

Kalau nak jugak bagi rasa manis dalam makanan mereka. Tambah je susu ibu atau susu formula.
.
Satu perkara Kak ekin nak pesan, anak umur 2 tahun kurangkan bagi makanan segera. Seeloknya tak payah langsung.

Umur 2 tahun tu anak masih kecil dan belum sesuai lagi nak makan makanan macam tu. Lagipun kandungan garam dalam makanan segera tu terlalu tinggi untuk mereka.
.
.
Jadi bila waktu sesuai untuk kenalkan gula dan garam ni?

Bila anak dah mampu untuk makan makanan yang sama dengan ahli keluarga. Jadi tak perlu nak tambah apa-apa garam lagi.

Boleh juga tengok saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *